Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, sudu dan sebagainya yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut. Walau bagaimanapun, guru harus berhati-hati dan tahu mengenai kesilapan konsep pada sesetengah kanak-kanak yang melihat kandungannya. Kanak-kanak mudah terkeliru dengan dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti (muatan) yang besar dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti (muatan) yang kecil walaupun yang rendah itu mempunyai isipadu yang lebih banyak. Selain itu, guru harus menekankan bahawa bekas yang berlainan bentuk dan saiz juga mungkin mempunyai kapasiti (muatan) yang sama.
Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu
0 comments:
Post a Comment