RSS

Pages

ISIPADU CECAIR

1.0 Pengenalan

Sebelum memasuki alam persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol susu, baldi, sudu dan sebagainya yang digunakan untuk mengisi cecair tersebut. Walau bagaimanapun, guru harus berhati-hati dan tahu mengenai kesilapan konsep pada sesetengah kanak-kanak yang melihat kandungannya. Kanak-kanak mudah terkeliru dengan dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti (muatan) yang besar dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti (muatan) yang kecil walaupun yang rendah itu mempunyai isipadu yang lebih banyak. Selain itu, guru harus menekankan bahawa bekas yang berlainan bentuk dan saiz juga mungkin mempunyai kapasiti (muatan) yang sama.

Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama



Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu

2.0 Video Pengajaran Isipadu Cecair




Video di atas menunjukkan proses menyukat isipadu cecair. Bagi menyukat isipadu cecair, kita perlu pastikan bekas yang digunakan berada dalam kedudukan yang rata. Bacaan yang tepat bagi menyukat isipadu cecair adalah kedudukan mata berada dalam keadaan meniskus (permukaan cecair dalam bekas yang kelihatan berkeluk akibat daya pada permukaannya).

3.0 Bahan Pengajaran Isipadu Cecair

jag air (plastik)



botol minuman (plastik)



besen (plastik)



cawan minuman (plastik)



botol minuman (plastik)


Gambar di atas adalah bahan pengajaran yang digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Antara kriteria-kriteria pemilihan bahan tersebut adalah :-

1. Amat sesuai bagi semua peringkat umur kanak-kanak (khasnya murid Tahun Dua)

2. Mudah disediakan (boleh di dapati di mana-mana, contohnya di rumah, di mana-mana kedai yang berhampiran)
3. Boleh dibeli dengan harga yang murah (ekonomi)
4. Mudah dilaksanakan (mudah dipegang, ringan)
5. Tidak membahayakan (bahan bukan kaca, tidak tajam)
6. Menarik (berwarna-warni)

7. Tahan lama
8. Tidak mudah rosak (boleh digunakan berulang kali dan pada aktiviti pengajaran lain)

4.0 Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair


AKTIVITI 1:

MEMBANDING ISIPADU CECAIR MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ DAN BENTUK

Sasaran : Murid Berpencapaian Rendah

Hasil Pembelajaran :
Membanding 2 Isipadu Cecair Melalui Kaedah Perbandingan Langsung

Bahan Pengajaran :
- Sebuah jag air
- Sebuah botol minuman
- Beberapa buah cawan plastik yang sama saiz dan bentuk

Langkah-langkah :-
1. Guru menyediakan dua bekas iaitu sebuah jag air dan sebuah botol minuman yang mengandungi cecair berwarna.



2. Guru juga menyediakan beberapa cawan plastik sebagai bekas rujukan.



3. Seterusnya seorang murid diminta menuang air daripada jag air ke dalam bekas rujukan satu persatu sehingga air di dalam jag air tersebut habis. Semua murid diminta mengira berapakah bilangan cawan plastik (bekas rujukan) yang digunakan untuk menyukat air daripada jag air.



4. Kemudian, seorang lagi murid lain diminta menuang air daripada botol minuman ke dalam bekas rujukan satu persatu sehingga air di dalam botol minuman tersebut habis. Semua murid diminta mengira berapakah bilangan cawan plastik (bekas rujukan) yang digunakan untuk menyukat air daripada botol minuman.



5. Guru menerangkan bahawa banyaknya isipadu cecair di dalam sesuatu bekas adalah berdasarkan banyaknya bilangan bekas rujukan. Ini bermakna isipadu cecair yang terdapat pada jag air (dapat mengisi sebanyak 7 cawan air) adalah lebih banyak daripada botol minuman (hanya dapat mengisi sebanyak 6 cawan air). Guru membimbing mereka membuat kesimpulan.

Kesimpulan 1 :-

Bekas

Kapasiti

Keputusan

Jag Air

7 cawan

Lebih

Botol Minuman

6 cawan

Kurang


Kesimpulan 2 :-

i. Isipadu air dalam jag air adalah sama jumlah dengan 7 cawan plastik.
ii. Isipadu air dalam botol minuman adalah sama jumlah dengan 6 cawan plastik.

iii. Isipadu air dalam jag air adalah lebih daripada isipadu air dalam botol minuman.

iv. Isipadu air dalam botol minuman adalah kurang daripada isipadu air dalam jag air.

6. Seterusnya, aktiviti diulangi menggunakan bekas yang lain.

_______________________________________________________


AKTIVITI 2 :

MEMBANDING ISIPADU CECAIR MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ DAN BENTUK

Sasaran : Murid Berpencapaian Tinggi

Hasil Pembelajaran :
Membanding 2 Isipadu Cecair Melalui Kaedah Perbandingan Langsung

Bahan Pengajaran :
- Sebuah besen
- Sebuah jag air

- 2 bekas bersaiz sederhana yang sama saiz dan bentuk (botol minuman)

Langkah-langkah :-
1. Guru menyediakan dua bekas iaitu sebuah besen dan sebuah jag air yang mengandungi cecair berwarna.



2. Guru juga menyediakan dua bekas bersaiz sederhana yang sama bentuk dan sama besar(bekas A dan B) sebagai bekas rujukan.

bekas A bekas B


3. Seterusnya seorang murid diminta menuang air daripada besen ke dalam bekas rujukan pertama (bekas A) sehingga air di dalam besen tersebut habis.


4. Kemudian, seorang lagi murid lain diminta menuang air daripada jag air ke dalam bekas rujukan kedua (bekas B) sehingga air di dalam jag air tersebut habis.

5. Seterusnya, murid-murid diminta membandingkan isipadu cecair di dalam kedua-dua bekas A dan B. Didapati isipadu cecair bekas B (jag air) adalah kurang daripada bekas A (besen). Guru membimbing mereka membuat kesimpulan.

Kesimpulan :-

i. Isipadu air dalam jag air adalah kurang daripada isipadu air dalam besen.

ii. Isipadu air dalam besen adalah lebih daripada isipadu air dalam jag air.

6. Seterusnya, aktiviti diulangi menggunakan bekas yang lain.

_______________________________________________________


Rujukan :

Murugiah s/o Velayutham, Kao Thuan Keat. (2007). HBMT2103 Teaching
Mathematics In Year Two.
Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.