Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu
1.0 Pengenalan
2.0 Video Pengajaran Isipadu Cecair
3.0 Bahan Pengajaran Isipadu Cecair
Gambar di atas adalah bahan pengajaran yang digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Antara kriteria-kriteria pemilihan bahan tersebut adalah :-
1. Amat sesuai bagi semua peringkat umur kanak-kanak (khasnya murid Tahun Dua)
2. Mudah disediakan (boleh di dapati di mana-mana, contohnya di rumah, di mana-mana kedai yang berhampiran)
3. Boleh dibeli dengan harga yang murah (ekonomi)
4. Mudah dilaksanakan (mudah dipegang, ringan)
5. Tidak membahayakan (bahan bukan kaca, tidak tajam)
6. Menarik (berwarna-warni)
7. Tahan lama
8. Tidak mudah rosak (boleh digunakan berulang kali dan pada aktiviti pengajaran lain)
4.0 Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair
AKTIVITI 1:
MEMBANDING ISIPADU CECAIR MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ DAN BENTUK
Sasaran : Murid Berpencapaian Rendah
Hasil Pembelajaran :
Membanding 2 Isipadu Cecair Melalui Kaedah Perbandingan Langsung
Bahan Pengajaran :
- Sebuah jag air
- Sebuah botol minuman
- Beberapa buah cawan plastik yang sama saiz dan bentuk
Langkah-langkah :-
1. Guru menyediakan dua bekas iaitu sebuah jag air dan sebuah botol minuman yang mengandungi cecair berwarna.
2. Guru juga menyediakan beberapa cawan plastik sebagai bekas rujukan.
3. Seterusnya seorang murid diminta menuang air daripada jag air ke dalam bekas rujukan satu persatu sehingga air di dalam jag air tersebut habis. Semua murid diminta mengira berapakah bilangan cawan plastik (bekas rujukan) yang digunakan untuk menyukat air daripada jag air.
4. Kemudian, seorang lagi murid lain diminta menuang air daripada botol minuman ke dalam bekas rujukan satu persatu sehingga air di dalam botol minuman tersebut habis. Semua murid diminta mengira berapakah bilangan cawan plastik (bekas rujukan) yang digunakan untuk menyukat air daripada botol minuman.
5. Guru menerangkan bahawa banyaknya isipadu cecair di dalam sesuatu bekas adalah berdasarkan banyaknya bilangan bekas rujukan. Ini bermakna isipadu cecair yang terdapat pada jag air (dapat mengisi sebanyak 7 cawan air) adalah lebih banyak daripada botol minuman (hanya dapat mengisi sebanyak 6 cawan air). Guru membimbing mereka membuat kesimpulan.
Kesimpulan 1 :-
Bekas | Kapasiti | Keputusan |
Jag Air | 7 cawan | Lebih |
Botol Minuman | 6 cawan | Kurang |
Kesimpulan 2 :-
i. Isipadu air dalam jag air adalah sama jumlah dengan 7 cawan plastik.
ii. Isipadu air dalam botol minuman adalah sama jumlah dengan 6 cawan plastik.
iii. Isipadu air dalam jag air adalah lebih daripada isipadu air dalam botol minuman.
iv. Isipadu air dalam botol minuman adalah kurang daripada isipadu air dalam jag air.6. Seterusnya, aktiviti diulangi menggunakan bekas yang lain.
_______________________________________________________
AKTIVITI 2 :
MEMBANDING ISIPADU CECAIR MENGGUNAKAN BEKAS YANG BERLAINAN SAIZ DAN BENTUK
Sasaran : Murid Berpencapaian Tinggi
Hasil Pembelajaran :
Membanding 2 Isipadu Cecair Melalui Kaedah Perbandingan Langsung
Bahan Pengajaran :
- Sebuah besen
- Sebuah jag air
- 2 bekas bersaiz sederhana yang sama saiz dan bentuk (botol minuman)
Langkah-langkah :-
1. Guru menyediakan dua bekas iaitu sebuah besen dan sebuah jag air yang mengandungi cecair berwarna.
bekas A bekas B
3. Seterusnya seorang murid diminta menuang air daripada besen ke dalam bekas rujukan pertama (bekas A) sehingga air di dalam besen tersebut habis.
4. Kemudian, seorang lagi murid lain diminta menuang air daripada jag air ke dalam bekas rujukan kedua (bekas B) sehingga air di dalam jag air tersebut habis.
5. Seterusnya, murid-murid diminta membandingkan isipadu cecair di dalam kedua-dua bekas A dan B. Didapati isipadu cecair bekas B (jag air) adalah kurang daripada bekas A (besen). Guru membimbing mereka membuat kesimpulan.
Kesimpulan :-
i. Isipadu air dalam jag air adalah kurang daripada isipadu air dalam besen.
ii. Isipadu air dalam besen adalah lebih daripada isipadu air dalam jag air.
6. Seterusnya, aktiviti diulangi menggunakan bekas yang lain.
Rujukan :
Murugiah s/o Velayutham, Kao Thuan Keat. (2007). HBMT2103 Teaching
Mathematics In Year Two. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.